Buat bakal pengantin, apabila bercakap tentang persiapan perkahwinan semestinya bank perkara yang difikirkan untuk menyempurnakan majlis tersebut agar berjalan lancar.
Ya, biasalah kalau nak kahwin ini pastinya memerlukan bajet yang tinggi. Senang cakap semua benda perlukan wang yang banyak, kalau tak memang tak jalan la majlis itu nanti.
Namun, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan sediki sebanyak telah memudahkan pasangan pengantin mendirikan rumah tangga. Waalupun tiada majlis bersanding tetapi ia cukup sempurna.
Tetapi SK kali ini kongsi bajet pasangan pengantin ini untuk majlis mereka. Tak banyak, hanya perlu keluarkan RM2,054 je. Menarik kan kisah pengantin ini. Jom, kita lihat antara senarai bajet yang mereka keluarkan.
Ini antara bajet yang diperlukan oleh pasangan ini ketika bernikah pada waktu PKP:
1. Baju pengantin lelaki dan perempuan – RM369
2. Henna (tangan sahaja) – RM50
3. Bayar Tok Iman – RM150
4. Make up nikah – RM250
5. Photographer sewa sejam sahaja – RM250
6. Pelamin sewa – RM200
7. Cincin nikah – RM700
8. Tudung – RM50
9. Sampin – RM25
10. Songkok – RM50
Total hanyalah RM2054 sahaja. Jadi, buat bakal pengantin diluar sana, jika anda rasa majlis kahwin ini adalah membebankan, cuba ikut tips di atas. Semoga memberi manfaat kepada pengantin yang bakal mendirikan rumahtangga.
@myrasss_ Bajet nikah pkp #foryou #fyp #fypsounds #fypシ #esekeli #wedding #pengantin #fypdong #wifeandhusband #tiktokmalaysia #bajetnikah
Sumber: Amyraa