Siakap Keli

(Video) “Tengok Tu Semua Tak Bagi…,” Anak Merajuk, Mak Tak Bagi Nak Bela Anjing Dan Monyet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak sangat mencintai haiwan. Mungkin daripada didikan ibu dan ayah di rumah membuatkan mereka lebih tertarik dengan haiwan.

Tetapi lain pula jadinya apabila seorang kanak-kanak yang bernama Raiyyan meminta untuk membela seekor anjing di rumahnya. Keadaan ini lebih melucukan apabila niatnya ditentang oleh ibunya terus merajuk tinggalkan makanan yang sedang dimakannya.

Menurut ibunya, Fazilah Saaid semasa dihubungi, anaknya ini sangat cintakan haiwan, ada kisahnya waktu kecil dulu, nak bunuh semut api pun dia meraung tak bagi bunuh.

Dia ni memang dari kecik suka binatang.. Masa umur dia 1 tahun, kami nak bunuh semut gatai pon dia tak bagi.. Dia pernah minta ular dia nak bela. Saya belikan dia ular .

“2,3 hari dah dia minta beli anjing kecik yang comel tu”

Jelas ibunya lagi, mungkin anaknya terpengaruh dengan rakan-rakan di permainan video game di mana mereka banyak yang membela anjing kecil yang comel di rumah mereka.

“Banyak-banyak binatang boleh bela, dia mintak mama dia beli anjing.”

Anak bertuahhhh oi… Dulu masa umuq 4 tahun minta beli ulaq, beli kat dia gagah laa ulaq tak haram..

Ni minta beli anjing pulak. Tak boleh anjing monyet pon takpa. Yaaa Allah, tak dak benda lain ka hang nak bela abang oi.

https://www.facebook.com/faunderFS/videos/296086875490766

 

Sumber: Fazilah Saaid

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.