Sejauh mana tindakan yang korang akan lakukan jika haiwan kesayangan berada dalam keadaan bahaya? Adakah berdiri kaku sahaja atau ‘kumpulkan’ keberanian untuk menyelamatkan mereka?
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang remaja perempuan yang sangat berani menyelamatkan anjing peliharaannya dari ‘diterkam’ oleh seekor beruang yang besar.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Bradbury, California itu dirakam menerusi CCTV. Pada awalnya, dapat dilihat seekor beruang besar bersama anaknya memanjat penghadang konkrit, seekor anjing yang melihat kehadiran beruang itu berusaha untuk menghalaunya tetapi ia bertukar menjadi ganas.
Keadaan menjadi kecoh apabila beberapa ekor anjing yang kecil pula datang selepas mendengar anjing hitam menyalak dan ngauman beruang tersebut.
Mungkin terkejut mendengar kekecohan itu, remaja yang dikenali sebagai Hailey Morinico, 17, dengan pantas datang menyelamatkan kesemua anjing peliharaannya.
Lebih mengejutkan, dia juga dilihat dengan berani menepis dan menolak beruang besar itu sehingga terjatuh.
Menerusi wawancaranya bersama CNN, Hailey mengatakan bahawa apa yang berada di dalam fikirannya ketika itu adalah hanya untuk menyelamatkan anjing-anjingnya. Tindakan beraninya itu mendapat pujian dari warganet di seluruh dunia.
Watch the moment a brave teen rescued her dogs from a huge bear: https://t.co/f97QzhTY1n pic.twitter.com/slp1aNMrtC
— CNN International (@cnni) June 2, 2021
Sumber: CNN International