Siakap Keli
Gambar: Google Image

“Ada Tenaga Yang Padat,” Tak Sangka, Arca ‘Halimunan’ Ini Berharga Lebih RM75k

Arca halimunan yang dicipta oleh artis Itali, Salvatore Garau baru-baru ini telah dimiliki oleh pengumpul swasta yang membayar 15,000 euro(RM75, 609) untuk arca itu semasa lelongan, lapor Oddity Central.

Foto: OddityCentral

Sekiranya anda termasuk dalam kalangan yang tidak dapat memahami bagaimana seseorang dapat membayar sejumlah besar wang untuk aset digital seperti kulit permainan video, aksesori atau aset Non-Fungible (NFT) yang semakin popular, maka penjualan patung bukan material Salvatore Garau akan lebih mengelirukan anda.

Menurut portal, karya seni halimunan itu berjudul “Saya” dan pada dasarnya mewakili ruang kosong secara teknikalnya dan dipenuhi oleh tenaga arca. Karya seni ini telah dicadangkan agar disimpan di ruangan khas yang bebas dari halangan dan berukuran 150 × 150 cm (4,92 × 4,92 kaki). Pencahayaan khas dan kawalan iklim adalah pilihan, kerana arca “Saya” bukan sebuah material.

Foto: InterestingEngineering.com

Jelas Salvatore Garau, “Arca ini mempunyai tenaga yang padat dan mengubah dirinya menjadi zarah, pendeknya, dalam diri kita! Apabila saya memutuskan untuk ‘mempamerkan’ arca bukan material di ruang tertentu, ruang itu akan menumpukan kuantiti dan kepadatan pemikiran tertentu pada titik yang tepat.”

Seniman ini menganggap patungnya yang tidak kelihatan itu adalah metafora yang sempurna pada zaman kita. Ia juga nampaknya unggul daripada karya seni NFT, kerana bukan sekadar unik dan mustahil untuk dihasilkan semula, tetapi juga tiada kesan pada persekitaran.

Sumber: Oddity Central

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.