MANILA, Filipina – Syarikat makanan segera gergasi Jollibee Foods Corp. dilaporkan telah menutup salah satu cawangannya di Bonifacio Global City secara sementara selepas menerima aduan berkenaan terdapat tuala dalam ayam goreng yang dipesan pelanggan.
Cawangan Jollibee di Bonifacio – Stop Over akan berhenti beroperasi selama tiga hari mulai Khamis untuk “menyiasat secara menyeluruh terhadap prosedur dan melatih pasukan penyimpanannya’ bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang lagi, kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.
Sharing our official statement on the recent experience of our customer in one of our franchise stores.
Posted by Jollibee on Wednesday, June 2, 2021
“Kami juga akan memberikan peringatan kepada semua kedai bagi memastikan kepatuhan ketat terhadap sistem penyediaan makanan Jollibee,” tambahnya.
Dalam perkongsian di media sosial yang telah tular itu, pelanggan tersebut mendakwa dia telah disajikan tuala goreng yang diselaputi dengan tepung semasa dia membeli set Jollibee yang terkenal iaitu Chickenjoy dari cawangan BGC melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan.
“Saya telah memesan ayam untuk anak saya, semasa saya cuba untuk menggigitnya, saya berasakan cukup sukar untuk ayam itu terpotong. Saya pun cuba membukanya dengan tangan saya dan saya terkejut apabila mendapati bahawa ianya sebenarnya adalah tuala goreng,” kata pelanggan.
“Ianya benar-benar menggelikan… Macam mana boleh terdapat tuala di dalam adunan yang digoreng,” tambahnya.
Jollibee menyatakan bahawa mereka “mengambil serius” terhadap kejadian itu dan telah melancarkan siasatan. “Sungguh malang apabila kecuaian dari prosedur standard penyediaan makanan Jollibee berlaku pada pihak kakitangan di kedai tertentu,” tambahnya. – Ian Nicolas Cigaral.
Sumber: Philstar Global