Siakap Keli

Kapal Tentera Laut Terbesar Milik Iran Dilapor Terbakar Dan Karam

IRAN- Kapal tentera laut terbesar Iran dilaporkan terbakar di Teluk Oman pada 2 Jun dan karam, menurut Agensi Berita Tasnim.

Kebakaran berlaku di IS Kharg ketika itu berada berdekatan pelabuhan Jask Iran di tenggara Teheran, menurut tentera laut Iran.

Semua anak kapal berjaya menyelamatkan dir dari kapal yang terbakar dan dipindahkan ke kawasan keselamatan di pantai.

NPR melaporkan Kharg merupakan salah satu dari beberapa kapal tentera laut yang mampu mengisi bekal kepada kapal lain di laut.

Seterusnya, orang awam dan pegawai tentera berusaha memadamkan api selama 20 jam yang merebak ke seluruh kapal, lapor Agensi Berita Tasnim.

“Semua cara telah dibuat, tetapi, tidak berhasil dan kapal tenggelam,” lapor agensi berita Fars menurut Reuters.

Dilaporkan Kharg dikerahkan ke perairan antarabangsa bagi operasi latihan ketika salah satu sistemnya terbakar, menurut anggota laut Iran.

Sumber: NPR

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.