CHINA- Seorang lelaki dari China berjaya menjadi orang buta pertama di Asia dan ketiga di dunia bagi mendaki Gunung Everest.
Zhang Hong, berusia 46 tahun berjaya mendaki puncak tertinggi di dunia tersebut, lapor CNN.
“Walaupun anda cacat atau normal. Adakah anda kehilangan pernglihatan atau tidak memiliki kaki atau tangan.”
“Tiada yang mampu menghalang anda jika anda mempunyai minda yang kuat, meskipun orang lain menyatakan sebaliknya,” kata Zhang kepada Reuters.
Kompas.com melaporkan Zhang pernah mendaki Himalaya yang setinggi 8.849 meter pada 24 Mei.
Menurut laporan, Zhang kehilangan daya pancainderanya ketika dia berusia 21 tahun kerana glaukoma.
Zhang mengakui terinspirasi untuk mendaki kerana erik Weihenmayer, seorang pendaki Everest berasal dari Amerika Syarikat (AS).
Sumber: Kompas.com