Menjadi orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu permintaan, ianya sudah termaktub dalam takdir Yang Maha Esa. Umumnya mana-mana OKU ini seperti yang kita tahu, mereka mempunyai kelebihan luar biasa yang tiada pada kita.
Kita mungkin berupaya untuk melakukan apa yang kita nak kerana kita sihat dan mampu. Namun bagi mereka, hanya hati yang cekal menjadi tunjang utama untuk mencapai apa yang diinginkan dalam hidup.
Kekurangan upaya bukanlah satu alasan, inilah yang disematkan dalam jiwa seorang remaja OKU dari Kedah yang sanggup ‘mewakafkan’ dirinya membantu urusan kemasyarakatan secara sukarela.
Mari ikuti perkongsian oleh saudara Muhammad Ridzuan Osman di bawah ini.
OKU- Bukanlah Alasan Bagi Seorang Remaja Untuk Menjadi Sukarela Menguruskan Mayat Pesakit Covid 19

Seorang remaja kelainan upaya, OKU yang dikenali sebagai Muhd Ammar Ikhwan, 22 tahun dari Kota Kuala Muda Kedah menganggap kekurangan yang ada pada beliau bukanlah satu alasan atau penghalang untuk beliau membantu menguruskan jenazah pesakit COVID-19.
Walaupun beliau tidak mempunyai jari pada kedua-dua belah tangannya, dia tetap akan berusaha untuk membantu.
Beliau ditemui pagi tadi di Tanah Perkuburan Kampung Haji Kudong, Kota Kuala Muda Kedah ketika pengkebumian jenazah seorang pesakit COVID.
Turut sama membantu dalam pengkebumian berkenaan team sukarelawan Van Jenazah Percuma Sungai Petani, VJSP.




Sumber: Muhammad Ridzuan Osman DikWan