Kebiasaannya, umat Islam akan menunggu azan berkumandang untuk menandakan telah masuk waktu solat fardhu dari pagi sewaktu Subuh sehinggalah malam iaitu Isyak. Pun begitu, dengan kemudahan sekarang, orang ramai juga boleh menyemak waktu solat di dalam talian.
Walau bagaimanapun, terdapat kemusykilan apabila ada perbezaan waktu e-solat yang dikeluarkan oleh jabatan agama Islam Negeri dan waktu solat di aplikasi. Lantaran daripada kemusykilan yang disuarakan oleh seorang warga Twitter terhadap Dr Zulkifli, beliau telah meminta pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) untuk meneliti dan memberikan jawapan yang segera.
@MyJAKIM sila teliti dan jawab segera https://t.co/VqP0PmcvrI
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) June 3, 2021
Bertindak dengan pertanyaan itu, pihak JAKIM telah tampil memberikan jawapan. Menurut JAKIM, kalendar waktu solat bagi setiap negeri dikeluarkan oleh Jabatan/Pejabat Mufti negeri dan ianya adalah sumber utama dan tepat.
Tambahnya lagi, aplikasi yang disediakan oleh JAKIM adalah aplikasi MySolat. Bagi aplikasi lain pulah adalah dibangunkan secara persendirian atau komersial.
iOS : https://t.co/BcefYsDrpj
— JAKIM (@MyJAKIM) June 3, 2021
Sumber: Twitter