Siakap Keli
Kredit: TikTok @fareezsarifudin

Pakai 2 Bahan Dari Dapur Ni Je, Ini Cara Mudah Buat Perangkap Lipas Dalam Kereta Tanpa Guna Racun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak masa drive tetiba korang nampak ‘kelibat’ kecil berkeliaran dalam kereta? Bagi yang geli dengan serangga coklat dua sesungut ni, mesti dah mula adegan pukul-pukul lipas sambil menjerit kat dalam kereta.

Kehadiran lipas sering dikaitkan dengan kebersihan. Dalam kereta pula, walaupun secebis sisa makanan terjatuh dan tak dibersihkan, umpama bagi ‘tiket’ la untuk lipas membiak dalam kereta.

Tapi itulah, kadang-kadang kita tak dapat nak elak daripada makan dalam kereta. Kalut-kalut nak pergi kerja, terpaksa sarapan dalam kereta. Yang ada anak-anak pula, memang sukar untuk mengelak.

Masalah lipas dalam kereta ni macam tak berpenghujung. Bunuh seekor, esoknya ada lagi kaum kerabat dia. Kat mana bersarang pun tak tahu. Nak pakai racun lipas agak kurang sesuai pula digunakan dalam kereta yang kedap.

Tahu tak sebenarnya, nak bunuh lipas dalam kereta ni tak perlu guna racun pun. Guna bahan yang ada kat dapur korang je. Video yang diunggah di akaun TikTok @fareezsarifudin ini menunjukkan cara mudah hapuskan lipas dalam kereta dengan hanya guna dua bahan je.

Video ini mendapat 1.1 juta tontonan dan 68.2 ribu sukaan setakat ini.

Jom tengok video di bawah untuk tahu lebih lanjut.

@fareezsarifudin

Ni bukan resepi memasak 😆#fyp #fypシ #esekeli #Lockdown

♬ son original – khaby Lame

Sumber: TikTok @fareezsarifudin

Kalau nak guna ubat lipas untuk ruang luas seperti dapur, stor, bilik dan lain2 boleh cuba disini

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.