Siakap Keli
Gambar: detikinet

Penyelidik Dapati Hubungan Cinta Pengguna Android Lebih Bahagia Berbanding Pengguna iPhone- Kajian

Syarikat Compare My Mobile yang melakukan kajian unik berkenaan perhubungan diantara kualiti hubungan cinta dengan teknologi mendapati bahawa cinta diantara pengguna Android adalah lebih baik berbanding dengan pengguna iPhone, lapor portal Detikinet.

Kajian tersebut dilakukan ke atas 2,000 orang. Para responden telah diajukan dengan soalan mengenai perkara yang sering menjadi masalah ketika menggunakan telefon. Mereka juga turut ditanyakan tentang bagaimana perkara tersebut menganggu hubungan mereka.

Hasil daripada respon yang didapati menyatakan bahawa masalah yang dihadapi pengguna Android lebih sedikit berbanding pengguna iPhone. Jadi dapat disimpulkan bahawa pengguna Android dapat menjadi pasangan yang lebih baik berbanding pengguna iPhone.

Di bawah ini, anda dapat lihat carta yang memperincikan tentang beberapa hasil kajian. Ruangan yang pertama adalah tabiat buruk. Dua ruangan yang berikutnya pula menunjukkan kemungkinan bahawa pengguna iPhone dan Android akan menerapkan tabiat buruk itu.

Ruangan yang terakhir pula menunjukkan nisbah perbezaan diantara iPhone dan Android. Oleh kerana ianya adalah tabiat buruk, peratusan yang lebih rendah adalah baik:

Tabiat yang paling buruk adalah menggunakan telefon bimbit mereka semasa menonton TV atau filem. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengguna iPhone 75% lebih cenderung menggunakan telefon mereka ketika menonton filem, berbanding dengan 59% pengguna Android.

Berikutnya adalah carta kajian mengikut jantina. Ruangan menunjukkan peratusan responden yang memilih tabiat buruk yang paling mereka benci dan kemungkinan besar merosakkan hubungan.

Ternyata penggunaan telefon bimbit ketika menonton filem / TV berada di kedudukan tertinggi, di atas tidak membalas mesej.

Sumber: Detikinet

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.