Siakap Keli

Rakyat Malaysia Mudah Memaafkan – Kajian Signature Market

Satu kajian terbaharu yang dilaksanakan oleh jenama gaya hidup terus ke pengguna (D2C), Signature Market menunjukkan bahawa 44.3 peratus rakyat Malaysia
memerlukan masa satu hari untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka.

Selain itu, sejumlah 32.2 peratus rakyat Malaysia hanya memerlukan satu jam untuk memaafkan orang lain.  Kajian yang dilakukan secara dalam talian di kalangan 4,562 responden dari seluruh Malaysia juga menunjukkan bahawa 10.4 peratus rakyat Malaysia hanya akan memaafkan si pelaku setelah menerima permohonan maaf dari mereka.

Sementara itu, 6.9 peratus memerlukan tempoh sekitar seminggu manakala, 6.2 peratus lagi memerlukan masa lebih dari seminggu untuk memaafkan sesuatu kesalahan. Lebih menarik lagi, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan di antara amalan kesihatan mental yang positif dan kadar kemaafan. Sebagai contoh, responden yang terlibat dalam aktiviti kesihatan mental yang positif seperti bersukan (54.11%), menggunakan aromaterapi (19.32%), mengamalkan sikap bersyukur (14.11%), pengamal yoga (3.42%), menulis jurnal (1.51%), hanya memerlukan sekitar satu jam atau kurang untuk memaafkan.

Dari sudut lain, kajian ini mendapati bahawa peratusan mereka yang tidak mengamalkan aktiviti kesihatan mental positif (17.32%) lebih cenderung untuk tidak memaafkan, kecuali setelah menerima ucapan maaf dari si pelaku. Dalam aspek menangani kemarahan, kajian menunjukkan bahawa lebih daripada separuh rakyat Malaysia akan mengingatkan diri mereka supaya sentiasa bersikap tenang ketika marah. Ini diikuti oleh mereka yang akan berdiam diri dan menyembunyikan kemarahan mereka (20.6%), menzahirkan kemarahan (14.4%) dan mengabaikan kemarahan mereka (10.6%).

“Secara amnya, majoriti rakyat Malaysia bersikap tenang dan mudah memaafkan. Walaupun ini kelihatan bagus, tetapi peratusan mereka yang tidak menangani perasaan marah dengan cara yang sihat juga mencecah sehingga 45.6 peratus. Mereka yang tergolong dalam kelompok ini cenderung untuk mendiamkan diri dan berusaha untuk memendam kemarahan ataupun akan menzahirkan kemarahan dengan teruk,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Edwin Wang yang juga merupakan penyokong kuat amalan penzahiran penghargaan.

Wang telah melancarkan “Gratitude Journal” di laman e-dagang Signature Market pada bulan Mac tahun ini. Pengasas e-dagang D2C tersebut berkongsi kisah peribadinya mengenai kekayaan luaran (wang, kerjaya dan perniagaan) dan kerohanian (kebijaksanaan, keyakinan, dan kebahagiaan) dalam jurnalnya. Tambah Wang lagi, “Apabila seseorang itu mengambil kira semua kebaikan yang berlaku padanya setiap hari dan menghargainya, pemikiran individu tersebut akan beralih ke arah kesenangan. Dan apabila minda seseorang itu telah dipenuhi dengan kenikmatan yang diberikan, maka kuranglah ruang untuk sifat marah dan pemikiran negatif”.

Beliau menjelaskan dengan peningkatan masalah kesihatan mental kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ketika tempoh pandemik, sebagai sebuah perniagaan yang berpaksikan gaya hidup sihat melalui pembudayaan makanan berkhasiat, peningkatan deria menerusi terapi aroma dan kehidupan dengan pemikiran yang baik, Signature Market sedang berusaha untuk meletakkan advokasi kesihatan mental, terutamanya menerusi aspek amalan kesyukuran sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) Signature Market.

“Setelah tujuh tahun beroperasi, kami mempunyai perancangan untuk memasuki senarai Bursa Malaysia pada suku pertama tahun hadapan.” “Ini merupakan aras kejayaan yang besar bagi kami di Signature Market dan pencapaian ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakyat Malaysia. Oleh itu, kami ingin menyumbang semula ke arah yang dapat meningkatkan tahap pemikiran rakyat Malaysia dalam usaha kita mencapai status negara maju,” kata Wang.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.