Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi memaklumkan bahawa terdapat 7,049 kes sembuh harian tertinggi dilaporkan hari ini. Jumlah ini menjadi rekod tertinggi bagi kes sembuh yang telah direkodkan setakat ini.
Ini secara tidak langsung menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 508,947.
Menerusi perkongsian KKM di Twitter, kes baharu jangkitan Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 8,209 kes.
Dilaporkan sebanyak 103 kes kematian baharu telah dicatatkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian menjadi 3,096 kes.
Selain itu, sebanyak 83, 331 kes yang masih aktif dan 446 pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan. Bagi kes yang masih dirawat di ICU pula berjumlah sebanyak 880 kes.
Sebanyak 7,049 kes sembuh dilaporkan hari ini. #COVID19 pic.twitter.com/XjS5Q5zGqZ
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 3, 2021
Status Terkini #COVID19, 3 Jun 2021
Kes sembuh= 7,049
Jumlah kes sembuh= 508,947
Kes baharu positif= 8,209 (8,145 tempatan, 65 import)
Jumlah positif= 595,374
Kes kematian= 103
Jumlah kes kematian= 3,096
Kes dirawat di ICU= 880
Bantuan alat pernafasan= 446 pic.twitter.com/wUv6AWuQBg— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 3, 2021
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya, KKMalaysia