Siakap Keli
Gambar: Khairul Aming

Tolong Promosi Jualan, Penangan ‘Tweet’ Khairul Aming Buatkan ‘Sales’ Peniaga Kecil Ini Cecah RM17k

Siapa tak kenal nama Khairul Aming. Segala menu yang awalnya nampak sukar dibuat menjadi mudah melalui perkongsian pemuda ini.

Dengan jutaan pengikut dan personaliti menarik di media sosial, maka tak hairanlah jika segala apa yang dijualnya boleh habis dalam masa yang singkat. Malah, sambal Nyet keluaran Khairul Aming juga menjadi kegilaan ramai hingga ada yang mengeluh tak sempat masukkan ke ‘troli’ mereka di Shopee.

Baru-baru ini, beliau telah membantu sepasang suami isteri mempromosi perniagaan mereka di laman Twitter miliknya. Dalam tempoh lima jam sahaja selepas promosi, pasangan itu telah menjual kira-kira 3,800 biji scones, bersamaan RM17,500.

Berita gembira itu dikongsikan Khairul Aming di Twitternya siang tadi.

“Selepas ciapan semalam, Zakri & Aishah menjual 3,800 biji scones dalam masa lima jam, bersamaan RM17,500. Ya Allah, aku sangat gembira untuk mereka.

“Sesiapa lagi penjual kecil-kecilan yang jual makanan atas talian, boleh kongsikan link anda di bawah. Saya akan beli dan tolong promosikan,” tulisnya.

Kredit: Twitter

Jelas Khairul, dia juga membuat panggilan video terhadap pasangan tersebut bagi membimbing mereka supaya tidak melakukan kesilapan sama yang pernah dilakukannya dahulu.

Kredit: Twitter

Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar scones dan jem homemade buatan pasangan tersebut yang tampak menyelerakan.

Kredit: Twitter

Sumber: Khairul Aming

Amira

Love yourself.