Siakap Keli
Gambar: Food.detik.com

Unik, Pengantin Ini Jadikan Bakso Goreng Sebagai Mas Kahwin, Lepas Nikah Terus Suap

Berbeza daripada kebiasaan pengantin lain, pasangan mempelai di Banyumas ini memutuskan untuk menjadikan bakso goreng sebagai mas kahwin mereka.

Menurut Food.detik.com, pernikahan pasangan itu  menjadi tular di media sosial susulan pilihan mahar mereka yang merupakan sekotak bakso goreng.

“Saya nikahkan, kahwinkan anak saya Anis Dika Fadilah kepadamu dengan mas kahwin seperangkat alat solat ditambah wang tunai IDR500,000 (kira-kira RM144.24)) dan satu kotak bakso goreng, tunai,” ucap si ayah yang merupakan wali pernikahan tersebut.

Ucapan ijab itu disambut pengantin lelaki, lantas disahkan para hadirin yang menyaksikan pernikahan itu.

“Saya terima nikah dan kahwinnya Anis Dika Fadilah Binti Surono dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai,” ucap pengantin lelaki.

Usai pernikahan, mereka kemudiannya dilihat saling menyuap bakso tersebut ketika upacara resepsi berlangsung.

Sumber: Food.detik.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.