Seperti yang diketahui, merokok mempunyai kesan yang amat besar kepada tubuh manusia. Walaupun mungkin si perokok masih lagi merasakan bahawa diri mereka sihat tetapi kesan dari bahan-bahan yang ada di dalam rokok sebenarnya perlahan-lahan ‘memusnahkan’ paru-paru mereka.
Pun begitu, apa yang lebih ‘mengerikan’ adalah apabila rokok juga boleh memberikan kesan kepada persekitaran seseorang.
Mungkin belum dilihat sebelum ini, tetapi perkongsian seorang petugas pembersihan ini mungkin boleh membuka mata mengenai bahaya merokok.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok Biggie Clean, dia dibayar untuk membersihkan kekotoran dinding rumah yang dipercayai akibat daripada asap rokok penghuni rumah itu selama 20 tahun.
@biggieclean Don’t smoke kids. #satisfying #cleaning #dayinmylife #clean #smoking #deepclean #satisfy #storytime
Penghuni di situ dipercayai tidak pernah membersihkan dinding rumah dan ia menyebabkan kekotoran itu sangat susah untuk dibersihkan sehingga bahan kimia khas perlu digunakan untuk menghilangkannya.
Bukan sahaja di dinding, petugas pembersihan itu juga perlu mengambil masa yang lama untuk mencuci mangkuk tandas dan bahagian sinki.
Setelah selesai membersihkan semua kekotoran itu, dia mengecat semula dinding dan ia terus bertukar menjadi ‘rumah’ yang baharu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut melihat suasana di dalam rumah itu dan tidak menyangka bahawa asap rokok boleh memberikan kesan kepada persekitaran di rumah. Ada juga yang berseloroh supaya rumah itu ‘dibuang’.
Imagine their lungs
Sumber: Biggie Clean