Meja makan biasanya dibeli mengikut kehendak atau minat si tuan rumah. Ada tuan rumah suka tema klasik, jadi dia beli meja makan rekaan ‘dulu-dulu’. Ada pula tuan rumah yang lebih gemar dengan gaya moden, maka dia dia beli meja makan rekaan terkini.
Terdapat banyak jenis meja makan yang ada dijual di pasaran. Antara yang cukup digemari ramai adalah meja makan jenis kayu (atau disebut solid wood) kerana lebih nampak ‘natural’ dan jenis ‘marble’ yang kelihatan mewah.
Namun bagi warga TikTok dengan akaun bernama @faya_gudeyh ini, meja makan solid wood nya yang digunakan selama ini sudah sampai ‘masanya’ untuk dicantikkan lagi. Mungkin pada orang lain, buat apa susah-susah nak upgrade, baik beli baru je terus, kan?
Tidak pada Faya, gadis ini memilih untuk mengubah gaya meja makannya menjadi yang lebih moden dan mewah secara ‘DIY’ saja, iaitu dengan membeli pelekat bercorak ‘marble’ dengan kos tidak sampai RM50.
Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, Faya memulakan misinya dengan membersihkan dahulu permukaan meja. Kemudian dia menghamparkan marble sticker itu di atas meja, digosok-gosok agar semua permukaannya melekat ‘habis’ tanpa ada kesan gelembung.
Dalam masa beberapa minit saja, meja makan kayunya sudah bertukar menjadi meja makan ‘marble’ dan nampak lebih mewah. Bagusnya di sini, meja makan biasa ini diubah menjadi mewah dengan hanya memakan kos yang sangat rendah. Hujung jari je.
Jom kita layan video ubah suainya di bawah ini. Mana tahu ada yang nak cantikkan meja rumah selepas ini!
Dengan RM40 je dah boleh upgrade meja makan
@faya_gudeyh
Apa kata netizen?
Sementara itu, ramai netizen yang mengajukan beberapa soalan kepada Faya. Mungkin sebab tertarik sama dan mahu ‘upgrade’ meja makan mereka. Jom kita lihat apa kata netizen.
Ada yang bertanya, apa cara paling mudah nak pastikan gelembung udara tidak muncul walaupun sudah digosok.
Jelas Faya lagi, kalau waktu nak tukar alas meja, jangan risau jika ada ‘kesan’ pelekat yang melekat di permukaan meja. Ada alat yang dijual untuk membersihkannya.
Kalau anda berminat dengan rekaan alas meja marble ini, mungkin boleh dapatkannya di Shopee. Faya ada jelaskan apa nama kedainya, bolehlah anda cuba nanti.
Mudah kan? Kesimpulannya di sini, kita tak berapa perlukan sangat duit yang banyak untuk dapatkan suasana yang selesa. Cukup hanya dengan idea yang kreatif. Benda yang mahal pun boleh jadi murah. Selamat mencuba!
Sumber: TikTok faya_gudeyh
Pelbagai warna wallpaper marble ada disini