Biasanya kebanyakan orang akan melipat pakaian dengan teknik yang berbeza, walaupun secara kasarnya ia tetap kaedah yang sama. Baju ada cara melipatnya, seluar ada caranya, kain pun ada caranya.
Bagi penggemar seluar jeans, kadang-kadang bukan mudah untuk melipat lambakan seluar jeans yang berlonggok di bakul. Kainnya yang keras lagi tebal itu membuatkan ia sukar dilipat dengan ‘licin’.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada teknik ‘rare’ yang kita boleh guna untuk nak melipat seluar jeans. Caranya pun bukan biasa-biasa, tapi luar biasa. Apa kata kita cuba ikuti video lipat seluar jeans DIY di bawah ini.
— Everyone Audience Do It Yourself (@D4doit) June 2, 2021
Mudah je kan? Jika diperhatikan, ada lima teknik berbeza dan masing-masing ada bentuk lipatannya yang tersendiri. Tapi rasanya tak salah kan kalau kita cuba ‘apply’ kaedah ini untuk lipatan seluar biasa yang lain?
Video ini telah ditonton sehingga lebih 200,000 kali setakat ini. Netizen pun kagum dengan teknik yang diajarnya. Dalam banyak-banyak komentar netizen, ada seorang ni turut berkongsi video cara melipat seluar jeans. Tapi yang ini lain sikit.
— 8 (@8oncanvas) June 2, 2021
Bergurau saja. Selamat mencuba.
Sumber: Twitter