Baru-baru ini, negara telah digemparkan dengan insiden pencerobohan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional.
Menurut Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad, pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi ‘taktikal in-trail’ pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.
Insiden tersebut dilihat sebagai perkara serius yang boleh mengancam kedaulatan dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara di laluan penerbangan di dalam Kota Kinabalu FIR.
Susulan daripada itu, telah tular satu rakaman audio sebenar perbualan yang dipercayai semasa pencerobohan 16 pesawat milik Tentera Udara China diantara juruterbang dan menara Kawalan Trafik Udara (KTU) Kota Kinabalu.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti rakaman perbualan tersebut di dalam video seperti berikut:
Sumber: Air Times