Seorang pelawak berpakaian Superman tidak semena-mena dilanggar oleh sebuah bas setelah gagal dalam percubaan menunjukkan kekuatannya menghentikan kenderaan yang bergerak dengan tangannya, lapor Daily Mail.
Menurut sumber, Luiz Ribeiro de Andrade yang disebut dengan nama ‘Superman’ itu, dilanggar bas ketika silap beraksi di perbandaran Brazil, Barra dos Coqueiros, pada 30 Mei lepas.
Ketika kejadian, si penyampai berusia 35 tahun telah mengenakan pakaian Superman merah dan biru klasik bagi memfilemkan dirinya sendiri. Dia cuba untuk membuktikan kekuatannya yang hebat dengan meniru berhenti bas dengan tangannya.
Dilaporkan, rakaman tersebut menunjukkan ‘lelaki keluli’ itu dengan yakinnya berdiri di tengah jalan dan memegang mikrofon ketika sebuah bas datang dengan laju ke arahnya.
Tetapi situasi di dalam video berubah menjadi keadaan yang lebih teruk apabila dia dilanggar oleh kenderaan berat itu, sebelum tersandung ke depan kerana terkejut.
Walaupun aksi itu gagal secara epik, Luiz dilihat dengan berjalan dengan tenang kemudiannya dan kelihatan tidak cedera berikutan perlanggaran itu.
Dalam klip itu, dia bergurau dengan mengatakan, “Sekarang saya melihat bahawa saya benar-benar diperbuat daripada besi”.
Jelas portal, dalam wawancara yang diberikan kepada F5 News pada keesokan harinya, Luiz mengatakan dia tersalah hitung jarak untuk menghentikan bas itu dengan tangannya namun akhirnya telah dilanggar.
Dia juga mengatakan bahawa ‘pertolongan Tuhan’ telah menyelamatkannya dari cedera parah dalam aksi itu, sambil menambah bahawa dia bernasib baik tidak merasakan ‘apa-apa’ dengan insiden itu.
Tambah Luiz, kemalangan tersebut adalah kesalahan dirinya sepenuhnya seperti yang disarankan dalam video, dan bukan disebabkan masalah brek bas.
Dia telah menjelaskan pada F5 News dengan mengatakan, “Saya bertanggungjawab atas segala-galanya. Saya pergi ke syarikat bas supaya pemandu tidak dikenakan hukuman. Tidak ada masalah dengan brek. Dia melakukan apa yang dia boleh dan saya bertindak salah.”
Jelasnya lagi, “Itu aksi yang selalu saya lakukan, tetapi kali ini hampir berubah menjadi kecelakaan, tetapi tidak serius kerana pertolongan Tuhan ada di sana. Tuhan bertindak pada masa itu dan melindungi saya.”
Rentetan kejadian itu, syarikat pengangkutan, Setransp, telah mengeluarkan kenyataan yang menekankan ‘pentingnya perhatian terhadap lalu lintas (dan) memastikan semua penjagaan yang diperlukan’.
Sumber: Daily Mail