Siakap Keli

Kerajaan Negeri Di Indonesia Ini Cadang Bayar Tambang Bas Awam Guna Botol Plastik

INDONESIA- Menteri Bandar Semarang, Indonesia mencadangkan agar menggunakan botol plastik bagi membayar tambang Bas Pengangkutan Semarang.

Program tersebut akan dilaksanakan selama sebulan iaitu bermula pada 8 Jun hingga 6 Julai 2021. Cadangan itu dibuat bagi menyambut Hari Pengangkutan Nasional Indonesia yang jatuh pada 8 Jun.

“Setiap hari selasa penduduk setempat dapat menikmati layanan Bas Rapid Transit (BRT) Pengangkutan Semarang secara percuma,” kata Ketua Perhubungan Bandar Semarang, Endro Pudyo Martantono kepada Suara.com.

“Percubaan ini akan dilaksanakan setiap hari Selasa selama sebulan (Jun 2021),” tambahnya.

Menteri Bandar Semarang mencadangkan larangan bagi kesemua pekerja kerajaan menggunakan kenderaan peribadi pada setiap hari selasa.

“Mereka disarankan menaiki angkutan umum atau online,” ujarnya.

Selain itu, terdapat tiga ukuran gelas dan botol plastik yang boleh ditukarkan di empat stesen Shelter. Setiap penumpang perlu menukarkan tiga botol plastik berukuran 1,500ml ataupun lima botol plastik berukuran 330ml.

Pekerja BRT juga menerima pertukaran gelas dan plastik yang berukuran 220ml sebanyak 10 buah setiap orang.

Seterusnya, dua tiket penumpang dapat ditukarkan dengan satu galon minuman. Di samping itu, penumpang juga boleh menggunakan Pengankutan Semarang secara percuma dengan membawa tanaman hidup dalam pot.

Program ini bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi dan kesesakan lalulintas.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.