Siakap Keli
Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, City of Brantford

Mungkin Ramai Tertanya-tanya, Bomba Dedah Rupanya Ini Beza & Maksud Pili Bomba Warna Merah Dengan Kuning

Pasti ramai diantara kita yang pernah ternampak pili bomba yang diletakkan di tepi-tepi jalan bukan?

Dan kalau ada yang perasan, ada dua warna berbeza yang terdapat pada pili bomba ini. Satu warna merah dan satu lagi warna kuning.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa warna dia berbeza? Ada apa-apa fungsi yang berlainan ke diantara kedua-dua warna ini?

Bagi menjawab persoalan tersebut, akaun Facebook Bomba Alor Setar ada berkongsikan penjelasan berkenaan perkara itu. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Pili Merah Pili Kuning, Jangan Marah Jangan Pening.

Tahukah anda apa maksudnya Pili Bomba berwarna merah dan kuning?
Merah – Pili Bomba Awam ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang tidak bermeter bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.

Kuning – Pili Bomba Swasta ialah suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang mempunyai meter ke sesuatu premis atau compound bagi tujuan operasi pemadaman kebakaran.

Sumber: Bomba Alor Setar

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.