INDIA- Seorang gadis memuatnaik video di Instagram menunjukkan dia dengan beraninya bermain dengan raja tedung sambil melakukan trik berbahaya tanpa rasa takut.
Di dalam video itu, Shweta yang memakai baju hitam dan berseluar jeans memegang luar berkenaan dengan menggunakan tongkat.
Aksinya menarik perhatian netizen kerana seolah-olah dia sudah biasa berbuat demikian.
Di bio Instagramnya menunjukkan dirinya sebagai pecinta ular dan hobinya menangkap ular menjadikannya popular di Instagram.
Selain itu, terdapat beberapa video yang memaparkan aksinya menangkap ular atau menggunakan trik.
Menurut India.com, ramai yang terpegun dengan keberaniannya. Tidak kurang juga yang bertanya dari mana datangnya keberaniannya berbuat demikian.
Sumber: India.com