Sedar atau tidak, ada segelintir individu yang mudah percaya kepada sesuatu perkara yang mistik sehingga membuka peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan.
Apa yang menyedihkan, bukan sahaja ratusan malah ribuan ringgit telah ‘melayang’ disebabkan terlalu percaya terhadap ‘kuasa ajaib’ yang ada pada sesetengah barangan seperti batu.
Modus operandi yang biasa digunakan adalah batu tersebut didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Jika korang tidak percaya, seorang pengguna TikTok, Fakhrul, ada membongkar penipuan mengenai batu yang dianggap sebagai ‘ajaib’ oleh sesetengah orang kerana ia menyala apabila diletakkan di dalam air.
Bertujuan untuk menyedarkan orang ramai, Fakrul memecahkan batu itu dengan menggunakan tukul. Rupa-rupanya, terdapat bateri yang diletakkan di dalam batu tersebut. Patutlah menyala!
@fakhrulcapklimput Batu Menyala dalam air , supaya ramai tidak terkena dgn penjual barang dan cerita mistik #fyp #dongengbomohmelayu
♬ original sound – Fakhrul Capklimput I – Fakhrul Capklimput I
Menerusi video itu, Fakhrul juga mengingatkan kepada orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap perkara karut seperti itu sehingga sanggup membayar ribuan ringgit.
Harap selepas ini tiada lagilah yang percaya dengan segala barangan-barangan ‘ajaib’ ini ya. Elakkan diri anda ditipu hidup-hidup.
Sumber: Fakhrulcapklimput