Dalam sebuah video viral, seorang budak perempuan telah meminta Perdana Menteri Narendra Modi untuk meringankan beban kerja rumah pada pelajar-pelajar sekolah.
Video itu telah menarik perhatian banyak pihak, termasuk Leftenan Gabenor Jammu dan Kashmir, Manoj Sinha, lapor Hindustan Times.
Video tersebut menunjukkan budak berusia enam tahun itu telah mengadu beban kerja rumah yang banyak melalui pembelajaran dalam talian.
Mesej daripada video itu bukan sahaja memenangi hati warganet tetapi mencetuskan perubahan polisi di Jammu dan Kashmir untuk meringankan tekanan pada pelajar-pelajar sekolah.
Menurut sumber, video yang disiarkan di Twitter itu tular dan memperoleh beberapa tontonan oleh warganet.
Dalam pesanan video itu, gadis itu mengadu kepada Perdana Menteri apabila gurunya memberi banyak kerja sekolah melalui kelas-kelas di Zoom.
Katanya, “Assalamualaikum Tuan Modi. Kelas saya dari 10 pagi hingga 2 petang … Kerja sekolah ini banyak untuk pelajar Kelas 6, 7, 10. Mengapa pelajar-pelajar diberikan banyak kerja sekolah Tuan Modi?” dia berkata.
Video comel itu mengharukan Leftenan Sinha yang menggambarkannya sebagai “keluhan yang sangat comel”. Berikutan itu, beliau telah mengarahkan jabatan Pendidikan Sekolah untuk mengeluarkan polisi dalam 48 jam untuk meringankan beban kerja rumah kepada pelajar sekolah.
Tambahnya di ruangan Twitter, “Kesucian anak-anak adalah anugerah Tuhan dan hari-hari mereka perlu meriah, penuh kegembiraan dan kebahagiaan.”
Modi saab ko is baat par zaroor gaur farmana chahiye😂 pic.twitter.com/uFjvFGUisI
— Namrata Wakhloo (@NamrataWakhloo) May 29, 2021
Sumber: Hindustan Times