Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim)
Terengganu: (Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat)
WP Kuala Lumpur
Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau) dan Limbang (Lawas)
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia pic.twitter.com/jcdGhrd5M3
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) June 4, 2021
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada hari ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.
Sumber: MetMalaysia