Siakap Keli
Gambar: G-Central

G-Shock Lancar Koleksi DW & GA Nishikigoi Koi Series Jun Ini, Edisi Terhad Yang Dikilangkan Di Jepun

Jenama jam terkenal iaitu G-Shock dilaporkan akan melancarkan jam tangan keluaran edisi terhad bernama Nishikigoi Koi Series pada Jun 2021 ini.

Menurut portal G-Central, tiga jenis jam keluarkan khas edisi terhad ini dihasilkan di Kilang Jepun dan diilhamkan daripada kebudayaan Jepun dengan reka bentuk berdasarkan nishikigoi atau “living jewel”.

Jam G-Shock DW-5600JK ini diilhamkan daripada ikan koi jenis Showa Sanshoku. Justeru daripada itu, ianya dihasilkan dengan warna dominan hitam dan berbelang merah.

Bagi jam G-Shock DW-6900JK pula, ianya diilhamkan daripada ikan koi jenis Kohaku. Warna yang dikenakan ke atas jam ini adalah warna putih sama seperti ikan tersebut.

Manakala jam G-Shock GA-100JK pula, ianya diilhamkan daripada ikan koi jenis Taisho Sanshoku. Oleh itu, jam tangan tersebut hadir dengan warna dominan merah dan berbelang hitam.

Jam tangan  DW-5600JK-1JR ini dilaporkan akan dijual pada harga 14,850 Yen. 17,050 Yen bagi jam DW-6900JK-4JR, dan 19,800 Yen untuk GA-100JK-4AJR.

Jam tangan ini juga dilaporkan hadir dalam bungkusan eksklusif yang direka khas oleh BlackEyePatch.

Sumber: G-Central

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.