Siakap Keli
Gambar: Adobe Stock

Gadis 14 Tahun Dilapor Bunuh Diri Selepas Dakwa Dirogol 5 Lelaki

Satu siasatan sedang dijalankan selepas seorang gadis berusia 14 tahun di Ghent, Belgium dirogol oleh lima lelaki – termasuk tiga di bawah umur – yang telah ditangkap, menurut pandakwa raya dan laporan media tempatan.

Gadis muda itu dilaporkan telah membunuh dirinya empat hari selepas serangan yang berlaku pada 14 Mei itu terjadi, kata pejabat Pendakwa Raya East Flanders kepada CNN.

Agensi berita RTL melaporkan bahawa gadis itu telah dirogol di tanah perkuburan Westerbegraafplaats di Ghent, selepas bercadang untuk bertemu dengan seorang rakan. Dia kemudiannya disertai oleh empat orang yang lain yang dilaporkan mengambil gambarnya ketika mereka merogolnya dan berkongsikannya di media sosial, tambah laporan itu.

Polis berjaya mengenal pasti suspek melalui gambar-gambar tersebut, menurut laporan itu.

“Tiga suspek yang di bawah umur telah ditempatkan di pusat tahanan juvana di Ghent manakala dua lagi (yang berusia 18 tahun) turut ditahan oleh hakim penyiasat di Ghent.

Kedua-dua suspek dewasa itu berhadapan dengan tuduhan “merogol, serangan seksual serta pengambilan dan perkongsian gambar yang mungkin merupakan serangan terhadap integriti seseorang”, lapor RTL Info.

Menteri kehakiman Belgium, Vincent van Quickenborne pada Selasa telah meluahkan reaksinya di Twitter dengan menulis : “Mengerikan. Tidak terkata. Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa. Suspek telah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan. Keadilan pasti akan ditegakkan.

“Saya menyeru kepada semua mangsa keganasan seksual: buat aduan. Terdapat pihak yang sedia membantu anda di pusat rawatan seksual. Keadilan akan melakukan segalanya untuk menangkap dan menghukum pelaku. Juga pada mereka yang menyebarkan gambar, kerana perkara itu juga boleh dihukum. Keutamaan mutlak untuk keadilan.”

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.