Siakap Keli

Gara-gara Pembedahan Kelopak Mata Gagal, Wanita Diceraikan Suami

CHINA- Seorang wanita diceraikan oleh suaminya kerana pembedahan kelopak matanya gagal

Sin Chew Daily melaporkan, wanita dipanggil Jin itu menghabiskan sebanyak 20,000 yuan (RM12,890) untuk pembedahan kelopak mata tersebut.

Jin menyatakan bahawa terdapat sebuah klinik kecantikan Nanchang menyediakan perkhidmatan pembedahan kelompak mata.

Dia mengetahui lokasi klinik kecantikan itu daripada salah seorang kenalannya.

Jin memaklumkan selepas menjalani pembedahan selama tiga jam 50 minit, pembengkakan di kelopak matanya tidak membaik walaupun telah tiga bulan berlalu.

Menurut Kompas.com, klinik tersebut memberikan pembedahan secara percuma kepada Jin pada April 2020 sebagai ganti rugi.

Selepas setahun, Jin masih tidak berpuas hati dengan hasilnya dan mengaku sudut matanya tidak sejajar dan seakan-akan jatuh.

“Saya menghabiskan duit saya untuk mempercantikkan daya. Namun, kini saya semakin ‘memburuk’,” luah Jin.

“Saya tak tahu nak lalui tahun seterusnya. Suami bertekad menceraikan saya kerana saya tidak lagi cantik,” ujarnya.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.