Siakap Keli

Kanak-Kanak Berusia 5 Tahun Maut Dipatuk Ular Saat Tidur Di Indonesia

INDONESIA- Seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Arokza Mulkan meninggal dunia akibat dipatuk ular kobra ketika sedang tidur bersama dengan ibubapanya.

Mangsa yang berusia lima tahun itu tidak dapat diselamatkan meskipun sempat dikejarkan ke Pusat Kesihatan Awam Sungai Manau, Kabupaten Merangin dan Hospital Daerah Kolonel Abundjani, Bangko.

Kompas.com melaporkan kejadian berlaku di Desa Pelipan, Kecamatan Sungai Manau, Merangin.

Oleh itu, ahli keluarga mangsa bergegas membawanya ke Pusat Kesihatan Awam terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Namun, dia disahkan meninggal dunia di Desa Pelipan Kecamatan Sungai Manau, Merangin akibat dipatuk ular.

Pada mulanya, kanak-kanak itu dibawa ke Pusat Kesihatan Awam terdekat, tetapi perubatan yang diberi tidak mencukupi dan ahli keluarga bertindak membawanya ke Hospital Daerah Kolonel.

Malangnya, kanak-kanak itu meninggal sewaktu dalam perjalanan.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.