Siakap Keli

Lelaki Cuba Masuk Ke Kokpit Pesawat, Delta Airlines Terpaksa Mendarat Di New Mexico

NEW MEXICO- Penerbangan Delta Airlines ke Tennessee terpaksa mendarat di New Mexico setelah seorang penumpang cuba memasuki ruang kokpit pesawat.

Suspek dibawa ke pusat tahanan dan penerbangan ke Nashville diteruskan, menurut laporan.

Menurut New York Post, tiada mangsa yang cedera dilaporkan.

“Penumpang itu tidak berjaya memasuki ruang kokpit. Pesawat mendarat dengan selamat dan para penumpang dipindahkan oleh pasukan polis dan FBI. Pelaku kini dalam tahanan,” kata Delta Airlines dalam satu pernyataan.

Jessica Robertson, saksi, merakamkan detik mencemaskan itu dan dikongsikan di akaun Twitternya.

“Anda harus hentikan pesawat ini,” jerit pelaku itu sekurang-kurang sebanyak 25 kali. Selain itu juga, terdapat tiga lelaki menahannya daripada memasuki ruang kokpit.

Seterusnya, seorang lelaki menarik suspek agar menjauhi dari bilik kawalan pesawat.

“Pramugara Christopher Williams bertindak pantas. Begitu juga dengan penumpang di sekitar saya,” tulis Robert di Twitter.

Sumber: New York Post

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.