Siakap Keli
Gambar Via Usnaku

“Lengan Baju Semua Takleh Selak…”, Mengadu Susah Nak Cucuk, Anak Cipta & Jahit Sendiri Baju Kurung “Vaccine-friendly” Untuk Mak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walaupun kini negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, program vaksinasi untuk rakyat tetap berjalan dengan lancar. Bagi yang belum mendapat tarikh temujanji untuk mendapat suntikan vaksin, harap bersabar dan mudah-mudahan korang akan segera mendapatkannya.

Bercakap mengenai suntikan vaksin ini, ada perkara penting yang perlu diberikan perhatian supaya proses suntikan berjalan dengan lancar iaitu memakai baju yang sesuai.

Mungkin sesiapa yang memakai baju berlengan pendek tidak akan mempunyai masalah, tetapi bagi yang memakai lengan penjang, korang perlu pastikan lengan baju itu mudah untuk disingsingkan. Kalau susah sangat, apa kata korang alter baju itu supaya senang disuntik nanti.

Sama seperti yang dilakukan oleh Nadhiratul Husna ini. Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia menjahit sendiri baju vaccine-friendly untuk ibunya yang bakal menerima suntikan vaksin nanti.

Baju kurung yang dijahit olehnya itu dipasangkan zip di bahagian lengan agar ia mudah dibuka untuk disuntik.

Idea untuk menjahit baju itu datang selepas ibunya mengadu bahawa kesemua baju tidak boleh disingsingkan sehingga ke lengan.

Macam lawak tapi function

Dihubungi Sk, Husna mengatakan bahawa dia berhenti kerja pada awal tahun ini kerana bersalin anak pertama dan kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Jadi, dia mempunyai masa yang cukup untuk menjahit sendiri baju tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang memuji usahanya dan nampaknya ada yang berminat untuk membuat tempahan baju vaccine- friendly itu.

Sumber: Usnaku

"