Bercakap soal cantikkan rumah, sebenarnya tak semua dekorasi memerlukan kerja-kerja renovasi. Antara faktornya adalah rumah yang kita duduki tu merupakan rumah sewa.
Yelah, dalam perjanjian dengan tuan rumah dulu dah sebut, “Penyewa dilarang untuk mengubah suai keadaan rumah, menebuk dinding bla bla bla…”. Itu contohnya. Boleh dikatakan agak susah sebenarnya penghuni rumah sewa nak renovasi rumah.
Tapi tahukah anda, ada penghuni rumah sewa mampu untuk mengubah suai dan mendekorasi rumahnya menjadi lebih cantik tanpa renovasi sedikit pun. Inilah yang dibuat oleh Puan Nurr Ayienn.
Beliau ada berkongsi sedikit cerita tentang dekorasi rumah sewanya tanpa kerja renovasi di group Dekorasi Rumah Sebelum Selepas (DRSS) baru-baru ini. Jom ikuti perkongsian ini.
Deco rumah sewa without any renovation
Assalamualaikum semua. Saya just nak share untuk semua, mana tau ampa dapat idea.
Rumah sewa pertama kami, kecik dan comel jaa. Dalam masa 3 bulan kami laki bini berdua siapkan semuanya. Gigih nohh.
Alhamdulillah beli sikit-sikit and everything saya rasa dah cukup complete. Deco kami simple and modern jaa. Cantik tak?
Since rumah sewa tak bolehlah kami suka-suka hati nak renovate kan. Kami banyak beli barang kat SSF, Romantika, Kaison, IKEA, Shopee dan ada juga yang custome made ya.
For now, kami share dapur dan ruang tamu dulu. InsyaAllah when both bilik siap (baru 80% siap) kita share sekali dengan mini garden saya depan rumah ye.
Jom kita tengok suasana sebelum dan selepas serta sudut-sudut baharu di rumah mereka ini.
Sebelum & selepas
Bahagian ruang tamu, dulunya berwarna campuran coklat + merah jambu + ungu. Agak kurang sesuai. Kini, dicat warna putih. Tenang je.

Ruang tamu mengarah ke pintu utama. Berbeza betul temanya yang kini berbanding dulu. Putih nampak lagi cantik.

Ruang dapur dulu dan kini. Berbeza kan?

Sudut meja makan.


Hiasan-hiasan lain









Cantikkan? Siapa kata rumah sewa tak boleh deco cantik-cantik? Sebenarnya boleh je.. kitalah yang kena jadi kreatif.
Semoga perkongsian Nurr Ayienn ni boleh jadi inspirasi untuk anda yang tengah fikir nak deco macam mana di rumah sewa anda. Selamat mencuba.
Sumber: Nurr Ayienn melalui DRSS