Siakap Keli

Nak Tarik Minat Orang Ambil Vaksin, Kerajaan Negeri Di Amerika Ini Tawar Duit 1 Juta Dolar, Lesen Senjata & Lesen Memancing Seumur Hidup Sebagai Ganjaran

Seperti yang dinyatakan di seluruh Amerika Syarikat berkenaan pelancaran kempen untuk meyakinkan penduduknya bagi mendapatkan vaksin COVID-19, pelbagai tawaran menarik dan unik telah dilaporkan ditawarkan .

Antara tawaran tersebut adalah tiket loteri berjuta-juta dolar, biasiswa pengajian, bir percuma, dan tiket taman hiburan.

Walaupun tawaran tersebut tampak menarik, tetapi West Virginia ada tawaran yang lebih menarik dan unik lagi untuk ditawarkan kepada penduduknya.

Menurut Forbes, negeri West Virginia bukan sahaja menawarkan hadiah berbentuk duit kepada penduduknya yang mengambil vaksin, malahan mereka juga turut menawarkan senjata api kepada pemenang bertuah.

Forbes melaporkan bahawa negeri itu akan memberikan lima senapang memburu dan lima senapang khas melalui cabutan bertuah yang akan berlangsung pada 20 Jun sempena Hari Bapa.

Terdapat beberapa siri undian yang diadakan setiap minggu dari 20 Jun hingga 4 Ogos, penduduk West Virgina yang menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 dilaporkan layak untuk mendaftar.

Cabutan bertuah itu juga akan menawarkan 1 juta dolar kepada seorang pemenang yang bertuah – seperti yang dilakukan di negeri lain – bersama dengan hadiah seperti biasiswa penuh, trak tempah khas dan lesen memburu serta memancing seumur hidup.

Sebagai tambahan kepada cabutan bertuah tersebut, West Virginia juga dilaporkan akan menawarkan bon simpanan atau kad hadiah bernilai 100 dolar kepada semua orang yang telah divaksin berumur 16-35 tahun di negeri tersebut.

Sumber: Forbes 

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.