BRITAIN- Sepasang pengantin menghabiskan RM 87,658 untuk dijadikan hidangan para tetamunya di majlis perkahwinan mereka.
Jessica dan Elliott Caswell-James masing-masing berusia 30 tahun dilaporkan setiap hari minggu akan memakan set bucket KFC dan menonton wayang bersama.
The Sun melaporkan, mereka akan memakan ayam Kolonel pada setiap hari istimewa termasuklah pada hari perkahwinan mereka. Mereka turut menghidangkan personal bucket dan beg KFC untuk tetamu yang hadir.
Pasangan dari Tipton ini menyatakan sepanjang 12 tahun mereka bersama, mereka menyatakan telah menghabiskan kira-kira RM 87,511 untuk ayam, keropok dan makanan sampingan.
Menurut Jessica, dia mengidamkan KFC ketika mengandungkan anak perempuan mereka, Eva.
Selain itu, mereka juga mengikuti satu pertandingan anjuran KFC dan dinobatkan sebagai peminat KFC terbesar di Britain.
Hadiah yang diberikan kepada mereka adalah lawatan ke restoran pertama jenama itu di Kentucky, Amerika Syarikat.
“Saya terkejut menerima email dari KFC yang menyatakan kami telah memenangi pertandingan itu dan menjadikan lawatan itu sebagai bulan madu kami.
Sumber: The Sun