Umum telah mengetahui bahawa kes baharu virus COVID-19 kini kian meningkat naik.
Disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung gejala ini daripada terus meragut nyawa orang ramai.
Tidak ada sesiapa pun yang boleh terkecuali daripada dijangkiti oleh virus maut ini. Ianya kerana virus ini sangatlah senang untuk dijangkiti dan pada sesiapa yang dijangkiti olehnya, orang yang berada disekelilingnya akan mempunyai risiko yang besar dan berbahaya untuk dijangkiti.
Tambahan lagi sekiranya yang dijangkiti itu adalah individu yang berisiko tinggi yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit kronik, virus ini boleh merbahayakan nyawa mereka.
Pemergian insan tersayang pastinya sukar untuk diterima namun perlu diredhai.
Tambahan lagi jika insan tersebut adalah teman hidup kita, pasti sukar untuk sesiapa sahaja menerima sekiranya terpaksa berhadapan dengan situasi itu.
Seperti satu video yang tular ini, seorang pengguna TikTok bernama @RaudhahYatim ada berkongsikan tentang kisah berkenaan pemergian ibunya yang tercinta.
Lebih menyedihkan lagi apabila dia terpaksa melihat ayahnya tidak dapat menahan emosi apabila mendapat tahu bahawa ibunya itu telah pergi selamanya ketika ayahnya sedang dikuarantin kerana positif COVID-19.
Hati siapa sahaja yang tidak patah apabila ketika orang yang kita sayang pergi buat selamanya tanpa kita ada di sisi mereka mahu pun dapat menyentuh mereka.
Itulah yang berlaku kepada ayah kepada pengguna TikTok ini.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
@mami2nan Masa ni..abah baru balik rumah..lepas kuarantin..Baru 3hari mak pergi..Berilah kekuatan buat abah Ya Allah..🥺😭
Sumber: @RaudhahYatim