Rasanya ramai antara kira yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 kan? Ada yang dapat Pfizer, ada yang dapat AstraZeneca, ada pula yang Sinovac.
Tidak kiralah mana-mana vaksin sekalipun, ianya tetap terbaik untuk imunisasi kita. Cuma tidak dinafikan, masih wujud ‘suara-suara’ halus yang menyebarkan dakyah serta fitnah tentang vaksin.
Lebih membahayakan lagi, golongan berusia atau warga emaslah yang lebih berisiko terpedaya dengan seruan mereka. Masalah ini amat dibimbangi segenap masyarakat.
Kebetulan chef muda terkenal, Khairulaming baru sahaja disuntik vaksin COVID-19 baru-baru ini. Berasa ‘terpanggil’ untuk membantu menyebarkan kesedaran, Khairulaming ada berkongsi pengalamannya sendiri yang telah banyak kali menerima vaksin sepanjang hidupnya.
Mari ikuti perkongsiannya dalam video di bawah ini.
alhamdulillah selesai cucuk vaccine Astrazeneca. so far so good semua smooth. I ada buat video, feel free to show this to your parents kalau diaorg still takut nak ambil vaccine 😄 nanti i will further update kalau ada side effect macam demam ke etc pic.twitter.com/8rNCUwd76r
— Khairulaming (@khairulaming) June 5, 2021
Sumber: Twitter Khairulaming