Siakap Keli

(Video) Kecoh, Pukat Ikan Susah Nak Tarik Sebab Berat, Rupanya Ada Ikan Yu Paus ‘Tersauk’ Sekali

Dah jadi lumrah para nelayan, mereka sering berdepan dengan pelbagai cabaran di laut seperti ombak besar, cuaca tak menentu dan lain-lain. Namun bak kata pepatah, ‘alah bisa tegal biasa’.

Semua cabaran tu hanyalah sebesar semut saja pada mereka, kerana ‘hasil’ yang ingin dibawa pulang jauh lebih besar daripada cabaran itu. Dalam masa sama, mereka juga terpaksa memerah keringat sehabis baik demi ‘memenuhkan’ jaring yang dilabuh.

Baru-baru ini, sekumpulan nelayan di perairan Langkawi mengangkat pukat mereka ke atas kapal macam biasa. Ikan yang terperangkap juga sangat banyak. Memang bersyukurlah dengan rezeki yang dapat pada hari itu.

Namun ketika pukat diangkat, mereka sedar bahawa ada ‘sesuatu’ yang sangat berat dan terlalu besar turut terperangkap di dalam jaring. Tarik punya tarik, rupa-rupanya ada satu makhluk besar tersangkut. Jom ikuti video ini.

@amiruldjh46

ikan besar masok dlm pukat bilis#botbilislangkawi #nelayanlautdalam #oranglangkawi #dugaananaknelayan #kamianaknelayan #fyp

♬ bunyi asal – 🦅𝕄𝕀ℝ𝕌𝕃☤ – 🦅𝕄𝕀ℝ𝕌𝕃☤

Pada awalnya kelihatan ekornya saja yang terkapai-kapai mahu dilepaskan. Setelah diteliti corak bintik pada badannya, ikan besar yang terperangkap ini rupa-rupanya ialah ikan yu paus.

Kasihan juga, macam manalah ikan yu paus ini boleh tersangkut dalam jaring mereka. Tapi menurut nelayan yang ada di lokasi kejadian & memuat naik rakaman ini, saudara Amirul, ‘gergasi’ malang ini telah pun dilepaskan semula ke dalam air selepas itu.

Syukur Alhamdulillah, ikan yu paus ini telah selamat kembali ke habitat asalnya. Video ini tular dan menerima pelbagai ‘respon’ daripada netizen. Rata-rata mereka memuji tindakan nelayan ini yang melepaskan semula ikan yu paus tersebut.

“Terima kasih sebab lepaskannya..”

“…walaupun banyak hasil terlepas.”

“Pernah tengok depan mata..”

Sumber: TikTok amiruldjh46

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'