Dengan jangkitan yang meluas dan pertambahan varian-varian baharu, COVID-19 kini semakin ‘mengganas’ sehingga semua peringkat usia tidak boleh lagi terlepas darinya.
Jika dahulu, kes COVID-19 kebanyakannya hanya melibatkan orang dewasa sahaja tetapi kes dalam kalangan kanak-kanak kini juga semakin membimbangkan.
Apa yang memilukan, ada sesetengah dari mereka yang masih lagi kecil perlu berpisah dengan ibu bapa untuk menjalani kuarantin di pusat kuarantin. Di usia yang sebegitu, mereka perlu berdikari dan menjaga diri sendiri.
Bagi ibu bapa pula, tentunya tidak dapat digambarkan perasaan apabila perlu melepaskan anak kesayangan buat sementara. Tetapi, ia perlu dilakukan dengan seikhlas hati demi kebaikan semua.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan detik-detik pilu seorang bapa di Thailand yang menghantar anaknya ke pusat kuarantin.
Mereka dipercayai menunggu ambulans tetapi ia nampaknya tidak kunjung tiba. Tidak mahu menunggu lebih lama, lelaki tersebut mengemas barang-barang anak lelakinya dan terus menyarungkan pakaian PPE.
Dia dilihat menghantar anaknya ke pusat kuarantin dengan menaiki motosikal.
@user315068257 ✌️พ่อทำได้ทุกอย่างเพื่อลูก✌️🏍️พ่อต้องใส่ชุดppe ขับรถไปส่งลูก ที่ ติดโควิด 🏍️ #ศูนย์กักตัว วัดสะพาน😭ขับไปน้ำตาคลอไป หัวอกคนเป็นพ
♬ เสียงต้นฉบับ – ธีรวุฒิ แทบทับ ม่ะเดี่ยว ทำป้าย – ธีรวุฒิ แทบทับ ม่ะเดี่ยว ทำป้าย
Dalam satu video yang lain, lelaki itu dilihat mengikuti perkembangan anaknya melalui panggilan video dan memberikan kata-kata semangat kepada anaknya.
@user315068257 สบายใจหน่อย ยิ้มได้ก็โอเค ขอบคุณทุกๆกำลังใจ ที่มอง ให้กับน้อง ผมก็แค่พ่อเลี้ยง อยากเห็นลูกมีความสุข อยากให้ผ่านเรื่องร้ายๆไปได้ด้วยดี
Semoga anaknya diberikan kesembuhan dan kepada keluarga yang menerima nasib yang sama, semoga terus bertabah menerima ujian ini.
Sumber: TikTok