Sebuah video viral di TikTok memecahkan sebiji telur. Walaupun kedengaran biasa, tetapi isi telur tersebut sesuatu yang jarang berlaku.
Seorang wanita membeli sepapan telur di pasar raya yang berisi sebiji telur yang berukuran lebih besar berbanding telur ayam biasa.
Pemilik akaun TikTok @megss_b menunjukkan sebiji telur jumbor tersebut memiliki berat 150 gram dan ukurannya mencapai empat sentimeter. Sementara ukuran teluar biasa adalah sekitar 2.5 sentimeter.
Wanita ini bertindak membeli telur jumbo ini kerana tertanya-tanya dengan isi telur tersebut.
@megss__b just ✨farm things✨ 😂🤪
Disebabkan itu, wanita ini merakam detik dia memecahkan telur tersebut ke dalam pinggan dan terkejut melihat isinya yang tidak pernah dilihat.
Rupa-rupanya, dalam telur tersebut bukan hanya berisikan putih dan kuning terlur tetapi terdapat lagi sebiji telur di dalmnya.
Seterusnya, dia turut memecahkan telur tersebut dan di dalamnya berisikan putih dan kuning telur yang normal.
Video ini kemudian menarik perhatian pengguna TikTok hingga ribuan komen ditulis.
Sumber: Suara.com