Siakap Keli

Kerana Pokok Ganja, Budak Mati Ditinggalkan Ibu Dalam Kereta

AMERIKA SYARIKAT (AS)- Seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati kerana ditinggalkan oleh ibunya.

Jessica Campos, ditinggalkan di dalam kereta selama tiga jam di tempat letak kereta dihadapan sebuah bangunan pada 4 Jun.

Menurut New York Post, pihak polis mengesahkan kejadian berlaku di Visalia, California, AS.

“Suhu di dalam kereta ketika itu adalah sekitar 100 darjah Fahrenheit menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat bernafas,” tambah polis.

Eustajia Mojica Dominguez, ibu mangsa, dikatakan sedang menguruskan tanaman ganja di dalam sebuah bangunan ketika anaknya berada di dalam kereta.

Kompas.com menyatakan bahawa anggota keluarga dan petugas memberikan bantuan dan cuba menyelamatkan budak perempuan itu.

Walaupun Jessica sempat dibawa ke hospital berdekatan. Namun, dia disahkan mati di hospital tersebut.

Ibunya didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat dan mendatangkan bahaya kepada anaknya sehubungan dengan kematian anaknya, kata polis.

Di bangunan sama, terdapat empat lagi kanak-kanak di mana dua daripadanya masih bayi.

Keempat kanak-kanak tersebut diserahkan ke tempat perlindungan. Manakala empat orang dewasa didakwa atas pertuduhan membahayakan kanak-kanak bawah umur.

Menurut undang-undang California, tanaman ganja adalah dibenarkan. Tetapi jika penanam tidak mendapatkan izin, mereka hanya dibenarkan menanam hingga enam tanaman ganja sahaja.

Sumber: Kompas.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.