Siakap Keli
Foto: Ain

Kuasa Viral, Ibu Jual Pewangi Kereta Di Shopee Tak Laku, Anak ‘Promote’ Kat Twitter Berduyun Order Masuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa sangka satu keluarga diuji pada musim pandemik ini apabila jualan barangan yang diusahakan oleh ibu keluarga ini kurang mendapat sambutan walaupun sudah dijual di Shopee.

Dugaan ini diluahkan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Ain begitu bimbang melihat kegelisahan ibunya menghadapi situasi itu.

Luahan tersebut dikongsi menerusi laman Twitternya sehingga menjadi tular selepas diulang kicau lebih 26,000 kali.

“Mak saya sedih sebab takde sape lagi nak beli kat shopee dia…”

Anyone yang nak pewangi kereta boleh beli dekat sini ye …

Klik di sini; Bliese-wooden-cap

So, im her first customer at shopee…

Penyembur bilik pun ade ye…

Klik di sini; rohaniahmad129

Hello 4pewangi kereta pun ade baju okay, boleh beli kat shopee jugak.

Adik i pun terkejut order masuk banyak-banyak. Ya Allah korang ni. Sumpah terharu sangat. Mak say i love you to you all …

Like seriously, i sumpah terharu sangat. Semoga yang support sentia dimurahkan rezeki. And thank you so much yang inform i pasal free shipping tu!

Gais tengok ni ape yang korang dah buat?! Mak i sampai pulaukan ws okay! Haha

“Niaga dengan kawan-kawan taman perumahan. Makcik-makcik taman yang selalu support mak…”

Kata Ain semasa dihubungi, ibunya telah lama berniaga dan perniagaan ini hanyalah di kalangan orang-orang di taman perumahannya sahaja. Baru seminggu ibunya memulakan jualan di Shopee, dan tiada yang terjual pun. Sebab itulah ibunya ambil keputusan untuk buat ‘free shiping’.

Lepastu dia buka shopee, so hari-hari dia remind saya suruh promote kat kawan-kawan office. Tapi saya work from home so, tak boleh nak promote kan untuk dia.

Tu yang dia keep tanya saya pasal shopee, kira dah seminggu dia buka shopee tu tapi langsung takde order. Tu yang dia decide nak buat free shipping.

Tengok ni ade benda pakai skirt gayut-gayut!

Korang ape ni, harini saja dah 100 order in few hours! Huwaaaaaa I speechless teruk. Sold out! Esok restock tau gais! Ya Allah. Thank you sangat! I akan update balik bila dah restock okay…

I am sangat-sangat bersyukur dengan rezeki for my mom! Thank you so much! I couldn’t sleep. Keep baca tweets positive from you all. Sorry if i tak reply satu-satu.

But seriously, i sangat appreciate RT and order dari korg semua! I doakan semua small business maju jaya dan korang Semua dimurahkan rezeki selalu.

Gais! I stay jauh dgn my mom! So any update is from my sister. Doakan semoga kita dpt capai heard immunity and i boleh balik jumpa mak ayah i. Almost 4-5 months tak balik huwaaa i rindu dorang.

YA ALLAH korang. Semua buat panic buying for my mom ke?! Huwaaaaa, dah tak tahu nak ckp terima kasih mcm mana lagi! Semoga korang semuaaa dimurahkan rezekii selalu!!

Korang harini dah drop few parcel tau! Nanti dah sampai tolong bagi rating baik punya kat shopee ehh!! Sayang korang semua

Korang!! Dalam masa 24h dah 300 order serious lahh.

 

Sumber: Ain

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang