Sepasang suami isteri ditemui meninggal dunia bersama-sama di ruang tamu kediaman mereka yang terletak di Taman Scientex, pasir Gudang.
Berdasarkan laporan daripada Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Moa Sohaimi Ishak berkata pasangan yang berusia 68 tahun dan 61 tahun itu ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari oleh anak angkat ketika mengunjungi mereka.
Tambahnya, anak angkat tersebut mengunjungi kediaman tersebut selepas panggilan telefon tidak dijawab.
Pengadu kemudian memaklumkan bahawa dia menemui pasangan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu sebelum di bawa ke Hospital Sultanah Aminah.
Pasangan tersebut dikatakan tinggal bersendirian kerana tidak mempunyai anak kandung. Hasil bedah siasat yan dijalankan berjaya mendapati punca pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia. Kedua-dua mangsa meninggal dunia sejak dua hari lalu.
Menurut laporan bedah siasat terhadap amngsa mendapati kematian si suami akibat penyakit yang dihidapnya iaitu penyakit strok, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Manakala si isteri pula disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Bagaimanapun, menurut polis kematian tersebut tidak membabitkan unsur jenayah, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.
Sumber: Kosmo