Siakap Keli
Gambar: Norfadhilatuladha Si Himawari

“Hari-Hari Buat Live, Sehari 2/3 Kali Tapi View 2-3 Je,” Kakak Luah Rasa Sedih Tengok Adik Gigih Buat Dua Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti berputus asa pasti akan membuatkan hasil. Mungkin itulah yang dipegang oleh seorang lelaki yang tidak mengalah dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Apa tidaknya, walaupun ‘live’ yang dibuatnya hanya melibatkan 2 atau 3 penonton sahaja, dia masih percaya bahawa mungkin akan ada rezeki buatnya pada keesokan harinya.

Kisah mengenai seorang lelaki yang melakukan dua kerja ini dikongsikan oleh seorang gadis yang merupakan kakaknya. Menurut Norfadhilatuladha menerusi ciapan Twitter, adiknya melakukan dua kerja iaitu berkerja di pasar pada siang hari dan menjual baju bundle vintage pada malam hari.

Tambahnya lagi, adiknya akan membuat live bagi menjual baju bundle tersebut ekoran tidak boleh lagi untuk memasarkannya di bazaar seperti yang dilakukan sebelum ini.

 

Walaupun kagum dengan kegigihannya adiknya yang tidak pernah mengalah dan yakin akan rezeki buatnya, si kakak juga turut sedih apabila melihat adiknya itu membuat dua kerja.

Gadis ini juga menjelaskan bahawa adiknya terus kekal positif melalui perkongsian ‘screenshot’ mesej dirinya dengan adik. Sikap positif yang ditunjukkan oleh pemuda berusi 21 tahun itu telah menarik perhatian rata-rata warganet yang memuji kecekalannya.

Sumber: Norfadhilatuladha Si Himawari

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa