Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dalam mengekang penularan wabak Coid-19 ini.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, PDRM memaklumkan bahawa mulai 8 Jun 2021 ini, hanya surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berikut sahaja diterima pakai sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bagi sektor-sektor dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut;
1.1 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan;
1.2. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi sektor pengangkutan awam dan barangan keperluan;
1.3. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi sektor pertanian/perikanan/penternakan/perladangan dan komodm. MAFI hanya akan mengeluarkan surat pengesahan kepada pekebun kecil bagi yang mempunyai lesen di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0);
1.4. Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) bagi sektor perladangan dan pengeluaran hasil komoditi seperti kelapa sawit/getah atau sebagainya. Bagi pemegang permit dan lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) seperti pekebun kecil, estet, nurseri, peniaga getah, pedagang dan pengilang getah boleh menggunakan surat pengesahan yang dikeluarkan oleh MPIC atau LGM. Bagi pengilang pembuatan produk getah seperti sarung tangan surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0)
1.5 Bank Negara Malaysia BNM bagi sektor institusi kewangan dan insurans.
1.6 Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang berkaitan sektor urusniaga Saham,
1.7 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi sektor peniaga kecil/penjaja gerai makanan/food truck. Pengeluaran lesen berniaga bagi pengurusan strata, sisa pepejal dan sanitasi surat pengesahan akan dikeluarkan oleh MITI (CIMS 3.0)
1.8 Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) bagi perkhidmatan telekomunikasi/media/pos/kurier dan penyiaran.
1.9 Kementerian Dalam Negeri (KDN) semua surat pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi-agensi yang berada di bawah KDN seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan sebagainya akan diterima pakai bagi kebenaran pergerakan.
1.10 PDRM akan mengeluarkan permit pergerakan bagi mereka yang layak di bawah peraturan rentas sempadan iaitu ziarah kematian, kecemasa dan bekerja sendiri.
Dokumen pengesahan sperti di para 1 hendaklah bertarikh mulai 1 Jun 2021. Pihak yang tiada sebarang dokumen yang sah atau telah tamat tempoh iaitu sebelum 1 Jun akan diarahkan berpatah balik.
Bagi pekerja sendiri seperit tukang paip/penyelenggaraan/penjaja tepi jalan yang tiada majikan, permohonan bergerak hendaklah diperolehi daripada polis secara one off (1 jun -14 jun 2021).
Bagi pekerja di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi tetapi perlu untuk ke tempat kerja bagi tujuan khusus seperti penyediaan dokumen/invois pembayaran gaji dan sebagainya. Kebenaran oleh PDRM akan diberi secara one off iaitu bagi tempoh 2-3 hari sahaja. Surat pengesahan daripada majikan perlu dikemukakan sebagai bukti.
Selain itu, bagi pengoperasian firma guaman dengan kakitangan seramai 20%, surat akan dikeluarkan oleh bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui MITI (cims 3.0). Bagi pengamal undang-undang, yang perlu hadir ke mahkamah untuk mewakili anak guam dalam kes-kes yang baharu (reman seksyen 117 kanun acara jenayah) hendaklah menunjukkan dokumen bercetak atau surat firma guaman di SJR.
PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian/agensi yang telah dibenarkan ketika melalui SJR. Bagi mereka yang gagal mengemukakan surat kebenaran, atau surat palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sumber: PDRM