Siakap Keli
Gambar: Maybank

“Jangan Sesekali Klik,” Maybank Ingatkan Pengguna Hati-Hati Dengan SMS Palsu Melalui Kod Pendek, Mungkin Cubaan Log Masuk M2U Anda

Pelbagai kaedah yang digunakan pada zaman sekarang untuk penjenayah atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ untuk mencuri data peribadi orang ramai terutamanya yang berkaitan perbankan.

Perkara ini sangat berbahaya dan boleh merugikan sesiapa sahaja yang tersilap langkah. Oleh itu, pihak Maybank ada mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan SMS palsu yang dihantar melalui kod pendek.

Berhati-hati terhadap SMS palsu yang dihantar melalui kod pendek! SMS tersebut mungkin dihantar oleh scammer untuk mencuri log masuk Maybank2u anda serta maklumat peribadi lain.
JANGAN sesekali klik pada pautan yang diberikan. Maybank tidak akan menghantar pautan melalui SMS untuk mengesahkan atau mengemas kini akaun anda.
Jika anda ingin mengakses Maybank2u, sila taip www.maybank2u.com.my terus di pelayar web anda. Anda juga boleh menghubungi nombor di belakang kad bank anda untuk mengesahkan jika SMS yang diterima adalah sahih daripada Maybank.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara-cara untuk melindungi akaun perbankan Internet anda, layari https://maybank.my/SecurityAwareness
Sumber: Maybank

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa