Siakap Keli
Gambar: Nadiah Hashim

“Tersandar Rasa Penangan Kari Mamak Isteri,” Wanita Kongsikan Resipi Kari Mamak Pekat, Raih Ribuan Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai dalam kalangan kita yang sangat meminati hidangan di restoran nasi kandar atau lebih mesra dikenali sebagai kedai mamak. Apa tidaknya, dengan kepekatan kari yang dihidangkan oleh mereka pasti menambat selera.

Malah, ada yang tak senang duduk semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan ini dek kerana sudah lama ‘tak kena’ penangan kari mamak. Tapi jangan risau sebab seorang wanita bernama Nadiah Hashim ada berkongsikan resipi kari mamak yang para-para isteri boleh buatkan untuk santapan si suami.

Jom kita ikuti perkongsian resipinya:

RESEPI KARI MAMAK ISTERI UNTUK SUAMI.
Hai semua. Musim PKP ni ada suami yang dah tak senang duduk di rumah. Rindu mamak agaknya. Nak bungkus, kedai mamak pula lebih 10km. Muka suami dah macam apa ketagih nasi kandar. Adohai nasib badan.. Kecian..
Jadi di sini saya share resepi kari mamak. Boleh eksyen kat suami yang kita pun bolehlaaaaa jadi mamak. Kacang je.
Tak sepower Deen Maju Jelutong, tak juga sehebat Pelita Nasi Kandar. Tapi mana tahu lepas pekena air tangan isteri, suami dah tak heran dengan mamak.
Bahan-bahan mudah. Boleh masak terus untuk lauk tengahari ni. Bagi suami tersandar rasa penangan kari mamak isteri. Kalau dah masak, share lah gambar kat komen. 😊
Resepi pada gambar. Cekidaut.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.