Saban hari, pesakit di hospital akibat jangkitan COVID-19 semakin bertambah. Ada pesakit yang kian sembuh dan ada yang masih terlantar di atas katil dipantau sepanjang masa.
Namun, pesakit yang pernah mengalami sejarah jangkitan virus ini dikatakan akan mengalami tanda-tanda atau simptom Long COVID yang boleh mengurangkan kualiti hidup mereka.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsikan beberapa maklumat mengenai Long COVID atau Post Covid Syndrome ini.
Menurut KKM, Long COVID adalah suatu keadaan yang dialami bekas pesakit COVID-19 yang masih mempunyai simptom berpanjangan akibat jangkitan ini.
Dilaporkan, menurut NICE Guideline, rujukan antarabangsa telah menyatakan bahawa bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan kekal memiliki simptom ini dalam tempoh 12 minggu atau lebih.
Antara simptom yang dialami secara berpanjangan seperti yang dinyatakan KKM adalah seperti:
1. Sakit badan serta lesu
2. Lemah ingatan dan kurang daya tumpu
3. Kesukaran bernafas
Oleh yang demikian, KKM berpesan agar masyarakat di luar sana terus kekal berada di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu serta amalkan 3W dan elakkan 3S.
Hal ini agar mereka yang masih sihat tidak akan mengalami simptom ini apabila/setelah dijangkiti.
#COVID19 Long COVID atau Post Covid Syndrome adalah keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai simptom yang berpanjangan akibat jangkitan COVID-19.
Rujukan antarabangsa, NICE Guideline menyatakan bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan untuk kekal pic.twitter.com/gxtdCf6xvl
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 8, 2021
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya