GEORGIA- Seorang wanita berusia 23 tahun memiliki 21 anak bersama suaminya Galip Ozturk, yang berusia 57 tahun.
Kristina Ozturk, memiliki 20 anak dengan menggunakan ibu tumpangan dan mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan sendiri.
Pasangan yang tinggal di Batumi, Georgia bersama anak-anak mereka dan dilaporkan sah disisi undang-undang negara itu untuk menggunakan ibu tumpang.
Di samping itu, mereka sanggup mengeluarkan wang besar iaitu sebanyak 8,000 euro (RM40,159) bagi setiap ibu tumpang, menurut Essential Baby.com.
Selain itu, mereka juga mengupah 16 pembantu yang berkhidmat 24/7 untuk menolong mereka. Mereka juga menyediakan bilik yang berdekatan dengan bilik anak-anak mereka dan dapur makan.
Seterusnya, mereka perlu mengeluarkan wang yang besar untuk menyediakan 20 paket puting setiap minggu dan 53 kotak susu formula.
“Harganya sekitar £3,500 ke £4,200 (RM 17,570- RM21,084) bagi membeli keperluan mereka setiap minggu,” kata Ozturk kepada The Sun.
Oleh itu, bayaran bagi setiap pembantu juga tinggi iaitu sekitar £350 (RM1757) seminggu. Tambahnya, kadang-kala akan berubah mengikut keadaan.
Sumber: Essential Baby.com