Siakap Keli
Gambar hiasan: Nationaltoday.com

Boleh Sumbang Kepada Risiko Kegemukan Dan Penyakit, Ini Tips Kurangkan Lemak Semasa Sediakan Makanan

Makanan yang berlemak dan berminyak seperti makanan bergoreng memang kelihatan enak dimakan tetapi boleh menjadi punca datangnya pelbagai penyakit.

Menurut NutrionistKKM, makanan bergoreng dan bersantan merupakan contoh makanan tinggi kalori. Makanan seperti ini boleh menyumbang kepada risiko kegemukan dan hadir penyakit tidak berjangkit.

Hal ini disebabkan oleh kalori atau tenaga yang diambil secara berlebihan daripada makanan boleh menyukarkan kita untuk menyingkirkannya terutamanya apabila tidak aktif bergerak.

Maka, mereka telah berkongsikan beberapa tips untuk mengurangkan penggunaan lemak semasa menyediakan makanan.

Antara tips bagi mengurangkan lemak ialah:

  1. Elak goreng semula makanan berkali-kali
  2. Guna tisu untuk serap lebihan minyak
  3. Hadkan menyalut tepung sebelum menggoreng
  4. Tutup periuk/kuali semasa menggoreng
  5. Buang lapisan minyak/lemak di permukaan sup/kuah
  6. Guna santan cair/susu rendah lemak

Oleh itu, Nutrionist KKM mengajak orang ramai agar mengehadkan makanan yang berlemak dan berminyak, serta makan secara sihat bersama keluarga di rumah.

Sumber: Twitter NutrionistKKM

Nurul Nabila

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.